Assalamualaikum !!! J
Senyum itu dari hati jatuh ke
hati. Junjungan besar kita iaitu Rasullah SAW yang sentiasa senyum dan
senyuman baginda itu adalah satu sunnah . Pasti kita akan memperolehi pahala
apabila melakukan senyuman itu dengan ikhlas. Selain itu, senyuman juga
menzahirkan kita sebagai umat yang mesra , lembut, berdedikasi dan
beradab. Orang yang berada di sekeliling kita mudah juga untuk mendekati kita
jika kita tidak jauh dari memberikan senyuman yang ikhlas pada mereka. Apabila
kita tidak memberikan senyuman dan sentiasa menunjukkan reaksi muka yang masam
atau berkerut dahi pasti susah untuk mendapatkan kawan atau sukar di dekati
oleh orang sekeliling.
Dari Jabir bin Abdullah r.a
katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi
sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu
dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau
ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang
dibawanya.”
(Riwayat Ahmad)
Senyuman Rasulullah s.a.w
banyak menjayakan misi dakwah. Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Malah
senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah
s.a.w. Manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah
lakunya
Dari Abu Zar r.a :- Rasulullah
s.a.w bersabda : “Senyum kepada saudara (muslim)mu adalah sedekah, menyeru
kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan
kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang
penglihatannya kabur adalah sedekah, menyinkirkan batu-batu, duri-duri dan
tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba
saudaramu adalah sedekah”. [Riwayat At-Tirmizi]
Tidak semestinya seorang Muslim
membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan
bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah,
tentulah hal itu menjadi mustahil. Di antara keistimewaan sedekah adalah
menolak bala (musibah).
Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari
Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi
Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat
menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh
macam bencana.”
Justeru itu, berikan senyuman
dengan orang yang berada disekeliling anda sekarang kerana senyuman itu
adalah penyeri kehidupan dan seri kehidupan itulah yang mengeratkan
ukhwah kita .
Sayang aw0p kerana Allah ! J
Pstttt..t kalau nmpk ambe muka masam je..ingatkan
yea awop !
Pesanan untk aw0p jgk ( klu ada masalah
sklipun,tersenyumlah untk org tersayang)
Opss ! aw0p sngt manis bila senyum J
No comments:
Post a Comment