Tuesday 11 February 2014

tarbiah hati buat muslimah

bismillah wa alhamdulillah

Membebaskan diri dari genggaman pandangan manusia
Segar, baru , tenang
Menghambakan diri pada yang Abadi
Pada yang Hakiki
Setelah lama terbuai oleh manisan dunia
Syukur Allah masih memberi peluang
Membina keyakinan baru
Membina harapan baru
Membina hati yang baru
Allahu Allah
Terima kasih kerana masih setia
Walaupun aku telah lama curang
Allah
Terima kasih kerana mempercayai aku akan pulang
Menyebarkan cintaMu pada ummah
Allah
Terima kasih kerana memberi
Walaupun selama ini aku menerima tanpa syukur
Aku kufur
..Allahu Allah..
Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. Pernah dahulu ketika saya mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung tangan, dengan sarung kaki. Ada rakan sekelas yang menegur. Beliau lelaki. Katanya saya nampak berbeza. Saya senyum. Dia bertanya adakah saya mahu berubah menjadi ustazah? Saya menggeleng,saya tidak mahu menjawab. Dengan ilmu yang sedikit ini, saya belum mampu menjawab sekiranya ada soalan lain yang timbul. Saya senyum lagi. Sungguh, senyum itu penawar buat saya. Walaupun pura-pura. Saya bukan mahu menjadi ustazah, saya mahu menjadi manusia yang bersyukur atas pemberian Allah. Saya mahu menjadi muslim yang semuslimnya. Saya mahu Islam, saya mahu Allah, saya mahu hati yang meletakkan cinta Allah itu paling atas.

Hati juga daerah paling susah ditarbiyyah. Sungguh, susah. Tiada pelajaran yang lebih susah daripada menjadi ikhlas. Tiada daerah paling sukar dijajah melainkan hati. Saat pertama saya mahukan Islam, saya HARUS mendekatinya. Sebelum mendekatinya, saya perlu mengenalinya.  Ramai kenalan saya yang hanyut kerana hanya mengamalkan Islam tanpa ilmu. Ramai ikhwah memberi nasihat apapun yang ingin saya lakukan, “SILA BERAMAL DENGAN ILMU”. Begitu juga Islam. Islam ini agama paling mudah bagi saya. Paling mudah dicontohi kerana baginda Rasulullah telah meninggalkan sunnah. Agama paling mudah dijadikan amalan hidup. Baginda Rasulullah telah meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman.  Ikhlas itu susah. Tetapi pura-pura ikhlas itu mudah. Ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang kelam. Tidak nampak tetapi dirasai. Ikhlas itu tidak perlu diutarakan. Cukup didalam hati, In sha Allah apa yang lahir dari hati, akan sampai kehati juga.
Jadi mengapa berubah demi manusia yang nantinya kita ditimbal oleh Allah? Mengapa mengharap pujian manusia sedang Allah jualah yang berhak kita penuhi tuntutannya. Allah, masih juga memberi kita nafas walau telah lama kita menumpang didunia milikNya dengan sombong. Maka rugilah bagi mereka yang lalai. Allah, masih juga memberi nyawa sedang kita setiap hari kita digelumang maksiat. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?
Muslimat, mukminat.. muslimat itu istimewa sekali..
Muslimat itu adalah bidadari Islam..
Saya kira muslimat itu adalah yang bertudung labuh,
Yang memakai sarung kaki,
Yang sentiasa berzikir..
Tidak
Muslimat itu adalah wanita perempuan Islam
Yang terlalu istimewa jika dibandingkan dengan wanita-wanita lain.
Dia punya kekuatan,
Tapi..
Kekuatannya didalam lembutnya wanita
Dia punya ketegasan,
Tapi..
Ketegasannya didalam santunnya seorang wanita..
Muslimat, serikandi Islam..mujahiddah solehah..
Saya melihat anak muda kini semangatnya menuju jalan Allah bukan main-main. Semangat ini yang merendahkan nilai diri saya berbanding mereka. Kalau dilihat semangat mereka ini mereka ekspresikan dalam penulisan, dalam usrah seharian, dalam pengembaraan menuntut ilmu Allah, dalam bersungguhnya menjadi barisan hadapan dalam menentang musuh. Saya melihat saya masih didalam tempurung yang ini juga. Saya masih terlena. Malangnya, tiada siapa berani mengejutkan saya. Saya berfikir, kalau tidur seharian menunggu dikejutkan dan kalau tiada dikejutkan, maka saya tidak bangun, jadi, saya tidak perlu bangunkah untuk hari itu? Jadi, hidup dakwah ini bukan hidup menunggu orang lain, jalan ini bukan mengharap orang lain. Ini bukan istilah dakwah sesungguhnya. Dakwah ini saya perlu sendiri jika perlu. Dakwah ini saya perlu kuat menahan cacian makian. Kerana inilah makanan dunia akhir zaman. Dakwah ini juga bukanlah harus ke negara luar demi mempertahankan umat Islam disana. Itu bonus sahaja. Tidaklah Allah membebankan hamba-hambaNya. Dakwah juga cukup sekiranya kita ditempurung itu juga, saling mengingatkan rakan lain yang sama-sama dibawah tempurung itu tadi untuk menuju redha Allah. Saya WAJIB mencorakkan semula kerja-kerja saya. Mengikut Islam sesungguhnya. Bagaimana? Dengan menggerakkan tenaga ummah agar mampu menggerakkan sendi mereka bersujud pada Allah dinihari. Nampak seperti mudah. Tetapi pengurusan manusialah paling sukar dikuasai oleh mana-mana pemimpin kini yang dahulunya Rasulullah SAW paling bijak dalam menangani manusia. Erti hidup dalam memberi. Memberi pada ummah, memberi walau sedikit,memberi walau tiada.
     Konteks TIADA inilah yang seringkali menahan para ikhwan untuk bergerak lebih agresif dalam dunia dakwah ini. Padahal mereka lupa Allah paling suka hambanya memberi dalam keadaan dia tiada apa untuk diberi.
:TIADA wang untuk ke Syria seperti Ahmad Ammar:
Padahal kita masih boleh melakukan kerja solidarity ini diMalaysia. Peluang kita memberi masih lagi luas dikalangan rakyat Malaysia.
:TIADA ilmu untuk dihebahkan:
Ilmu milik Allah. Apa yang anda tahu walau sedikit, kongsikanlah. Dengan izinNya ia akan bertambah. Seperti air yang mengalir, ia akan berguna tetapi berbeza dengan air yang tetap disitu, ia akan dicemari.
:TIADA kekuatan dalam berdakwah:
MEDIUM KINI:
Sebagai pelajar  jurusan komunikasi, saya melihat medium rangkaian yang ditawarkan kini lebih kepada memecahbelahkan ummah ini khususnya. Medium yang membebaskan pergaulan, medium yang menjadikan wanita sebagai tatapan seluruh umat manusia, medium yang menghalalkan segala cara sedang dalam Islam, harus ada halal dalam pelaksanaan.
Wadah yang ditawarkan adalah bertujuan melekakan, menghanyutkan, dan memecahbelahkan umat Islam.
Siapa yang menubuhkan medium seperti Facebook, Instagram, Keek, Yahoo Massenger, Wassap, Wechat? Bukankah Yahudi itu lebih dahulu menyiasat tentang musuhnya iaitu kita, Islam?
Apa yang dapat dilihat daripada fenomena ini? Pertelagahan sesama muslim, pencanggahan pendapat yang akhirnya menjadi pertelingkahan lidah. Pergaduhan sesama suami isteri dipertontonkan oleh seisi manusia dibumi, wanita tanpa malu mempamerkan siapa mereka sebenarnya.
Allah, inikah dunia akhir zaman?
Yahudi, musuh Islam selamanya.
Kini mereka menyerang menggunakan rangkaian seperti ini.
Rangkaian ini khususnya untuk darah muda, anak muda, belia.
Belia yang kudratnya masya Allah tidak tertanding. Kudratnya yang diperlukan oleh ikhwanul muslimin yang lain.
 PEMIKIRAN YAHUDI:
Satu artikel yang ditulis oleh penulis artikel Yahudi tentang Islam adalah:
“Muslim ini sangat kuat berjihad dan mereka tidak takut berjihad tetapi satu kelemahan mereka, mereka malas membaca.”
Penulis lain marah kerana menganggap bahawa artikel ini akan membuatkan Muslim memperbaiki kelemahan dan akan bangkit
“Biar mereka dibuai oleh dunia maya ini sehingga mereka lupa rakan mereka yang sedang ditembak oleh bala tentera kita”
“Biar mereka bergaduh dialam maya ini yang membawa rusuhan seluruh dunia.”
“Biar mereka hanya membantu dialam maya ini. Cukup. Jangan biarkan mereka membantu dengan kudrat. Kudrat mereka luar biasa..”
“Biar mereka menatap wanita yang dahulunya dijaga dan disimpan rapi sehingga mereka tergoda dan akhirnya maksiat berleluasa.”
“Biar wanita Islam ini mempamerkan apa yang sepatutnya mereka tutupi selama ini, agar ajnabi tertarik dengan mereka. Biar mereka leka bercinta dan akhirnya umat Muhammad yang sepatutnya lahir dengan halal biar dibunuh dengan rela.”
“Biar umat Muhammad ini binasa. Biar apa yang Muhammad lakukan dulu sia-sia.”
Allah, inilah mengapa saya katakan wadah ini dirancang. Inilah yang saya maksudkan medium ini merosakkan. Inilah yang kita khayalkan. Inilah manusia akhir zaman.
Kini, Yahudi sangat mengikuti data-data yang dikirim melalui rangkaian ini agar mereka mudah memantau segala kegiatan kita dialam maya ini.
Saya juga sebagai pelajar jurusan komunikasi memantau sistem dalaman komunikasi kini tidak lagi luas untuk umat Islam gapai. Tidak banyak ruang untuk kami memulihkan kembali isyarat dan sistem ini. Tidak banyak yang boleh kami lakukan.
YES, I AM COVERING MY HAIR BUT NOT MY BRAIN. NOW,I AM EXPLORING YOUR BRAIN
BY MUJAHIDDAH
Saya selalu menganggap ujian sebagai peluang.
TETAPI,
Mari kita ubah, medium ini kita ubah menjadi medium dakwah.
Medium ini kita ubah menjadi rangkaian silaturrahim, rangkaian ukhwah yang membentuk ketakwaan kita pada Allah.
Medium ini kita ubah menjadi peringatan pada mereka yang masih lena.
Medium ini perlu diubah sejajar dengan dakwah Islamiah.
ISLAM:
“Biar medium yang mereka cipta untuk memusnahkan kita menjadi perangkap buat mereka sendiri.”
“Biar medium yang mereka reka ini memakan bala tentera mereka sendiri.”
“Biar medium ini menjadi pelindung buat wanita muslimah”
“Biar medium ini menjadi peringatan bagi mereka yang masih leka.”
“Biar medium ini sendiri yang membinasakan mereka.”
Ataukah kalian mahu BIARkan hidup kalian binasa ditangan mereka?
BIARkan sahaja entri ini tanpa sebarang reaksi.
BIARkan kita diazab oleh Allah  disebabkan apa yang kita lakukan dialam maya ini.
BIARkan saya berhujah tanpa pemerhati yang teliti.
BIARkan entri ini sepi.Kalian BIAR,saya akan tetap TEGAR. iluvislam


Thursday 19 September 2013

ujian


bismillah,,sgla puja pujian bg Allah,Pemilik semesta Alam yg Maha Agung.siapalah hamba yg hina dan dina ni untk merungut dan mempersoalkan perjalanan hidup hamba yg berliku liku..sesungguhnya,mmg tidak dpt disangkal lg,tdaklah dinamakan HIDUP,jika tidak ada turun dan naiknya,,pasti ada pasang dan surutnya,pasti ada terang dan gelitanya,pasti ada malam dan siangnya..walau apa pun,hamba masih bersyukur redha dan rela kpdMu ya Allah ats nikmat dan anugerahMu terhdp hamba..
        8sep2013,bermulalah sem3 hamba di ukm,untk meneruskan sesi pembelajaran hamba dlm bidang pengajian arab dan tamadun islam.spt sediamaklum,jbtn pengajian arb dan tamadun islam akn menyediakan dua jenis modul untk student second year,dan ia dipilih berdasarkan kpd result first year.sem ini,hamba buat pertama kalinya 'terpaksarela' berpisah dgn akak2 ksyngn hamba iaitu kak weda,kak siti dan k.lin..Allah mentakdirkan hamba dpt modul(lughah) bahasa arab manakala akak2 hamba dpt modul sejarah,buat julung2 kalinya kmi perlu berpisah kuliah..anyway,hamba amat bersyukur kpd Allah,krn msih mmberi kesempatan untk hamba merasai apa itu ertinya hidup berdikari.. *fuhh,survival lebih sem ni,kna bnyk jln2 sorg g kuliah n tutor..emm,hamba dan akak2 semua jgk diuji oleh Allah yg Maha Adil pd awl sem ni,pendaftaran kursus mnjdi sngt complicated apabila,pihak PPU meletakkan waktu untk subjek TITAS yg sngt bercanggaH dgn jadual student islamic studies..berpening-penian lah kami empat org untk menyusun jadual..dan akhirnnya,kami telah tercampak ke kls TITAS yg terletak di bngnn fakulti sains teknologi yg bru..*uwaaa,btw,dlm hati agk gumbira,dpt rse suasana bru tmpt bljr..Allah kn0ws better right? tiheehe..
      bla..bla..bla..akhirya,kmi smua dpt jgk finalise jdual kmi..Alhamdulillah !! tp,kbnykn kuliah blom bermula lg mnggu ini..skli lg,Allah ingin mentarbiyah hati hamba dgn fatrah sang kumbang yg ingin menyapa..tdk mengapa,kerana ujian adlh tarbiyah dri Allah ! hamba akur..hamba perlu pasakkan lg prinsip hamba dlm diri agar terus mengakarrr !! iaitu

sy Alyaa Shahira Bt Abd Aziz,
ingin dan mahu semahunya, mnjd org yg berilmu dan bertaqwa kerana ia adlah kemuliaan yg dimpi impikan,maka mempersiapkan diri dgn cinta ilmu dan perjuangan adlh sbaik2 jln. nyah lah cinta penuh dosa ! hamba hnya mahu bercinta Allah dan ap2 yg Allah redha shj.prinsipku mengakar dan hamba mnjdi lbih bertenaga di jln cintaku.. insyaAllah..ameeen ya rabb


Tuesday 3 September 2013

pelihara



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan yang menghiasi di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah menyayat hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.


Maka terdengarlah ucapan dari dalam,

"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya

berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.


"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..


"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina".


Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis terisak-isak..


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan laknat , pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.


Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.


Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"


Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.


"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"


" Ada!" jawab Jibril dengan tegas.


"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.


Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima kedatangannya.
Add caption

Wednesday 21 August 2013

cerita saya ^^

bismillahirahmanirrahim...
hari bersilih ganti,bulan berganti tahun..ya ALLAH, skrg august2013 already !!! dan sy pon dah nk msuk thn 2 bljr di ukm,tnggl 4sem lg nk grad.. *ya ALLAH,permudahkan urusanku..

Alhamdulillah,kptusan sem2 sy sngt memberansangkan, dan sgt menyenangkan hati..Allahu Rabbi !! result yg sngt xterjangka ! sungguh !! nikmat Allah e2 sngt membahagiakan..dan ujian Allah itu sbg tarbiah kpd diri..
mehnah yg sy hadapi smsa study week e2,rupa2nya untk mnguji iman sy,dan rupa2nya Allah ingin hadiahkan nikmat yg terindah..

insyaAllah,sem ini dan seterusnya,sy akn berusaha lebih,lebih, dan lebih lagiiiii !! doakan sy yea awop awop.

.

Thursday 18 July 2013

luar jangkaan


bismillahirahmannirahim..segala puji bagi ALLAH..Pencipta langit, bumi, lautan dan daratan..ampuni diri yang hina ini ya Rabb..sungguh hidup ini tidak boleh diduga ..semuanya di luar pemikiran dan kuasa kita..semuanya dalam' tangan takdir' Allah..sbb e2 perlu untk kita percaya qada' dan qadar Allah..

Pelbagai cereka dan cerita berlaku pd diri hamba..dan hamba tahu semuanya untk menguji kekuatan hamba..ssghnya jiwa ini terbentang gersang  sahara dahagakan kasih syg  dan inayahMu ya ALLAH..sukar bg hamba mmbuat pilihan yg terbaik..sklipun diriku terbuang dimata insan ,engkau maha mengerti sbnrnya ap dlm hati hamba..adakah keputusan yg dibuat telah melukakan hati bnyk pihak ? Allahu Rabbi T_T.. tdk pernah terniat di hati untuk mengguris hati sesiapa..moga semuanya dpt memahami kegusaran hati hamba dlm mmbuat pilihan itu..hamba tahu,ad juga pihak yg terluka dgn tindakan hamba..ini semua kerana,hamba tidak dia berterusan mengharap dan menaruh harapan..biarlah ia terluka di awlnya..moga Allah memeliharamu..

selama lamanya kelembutan tak kan pernah tewas dgn kekerasan


Sunday 5 May 2013

apa maksud nama awak?



assalamualaikum sahabat yg dicintai kerana Ar Rahim iaitu Pemilik segala Cinta ..
insyaAllah,hari ini,,saya mahu mengajak semua sahabat cuba menterjemah nama sendiri

sy mulakan dgn nama sy
NOR ALYAA SHAHIRA     --->  نور عليا شهيرا

Nor --> cahaya
Alyaa --> ketinggian
Shahira --> masyhur

Jom tinggalkan comment sahabat semua dgn meletakkan maksud nama sahabat sekalian

credit by : Alyaa Shahira