Thursday 19 September 2013

ujian


bismillah,,sgla puja pujian bg Allah,Pemilik semesta Alam yg Maha Agung.siapalah hamba yg hina dan dina ni untk merungut dan mempersoalkan perjalanan hidup hamba yg berliku liku..sesungguhnya,mmg tidak dpt disangkal lg,tdaklah dinamakan HIDUP,jika tidak ada turun dan naiknya,,pasti ada pasang dan surutnya,pasti ada terang dan gelitanya,pasti ada malam dan siangnya..walau apa pun,hamba masih bersyukur redha dan rela kpdMu ya Allah ats nikmat dan anugerahMu terhdp hamba..
        8sep2013,bermulalah sem3 hamba di ukm,untk meneruskan sesi pembelajaran hamba dlm bidang pengajian arab dan tamadun islam.spt sediamaklum,jbtn pengajian arb dan tamadun islam akn menyediakan dua jenis modul untk student second year,dan ia dipilih berdasarkan kpd result first year.sem ini,hamba buat pertama kalinya 'terpaksarela' berpisah dgn akak2 ksyngn hamba iaitu kak weda,kak siti dan k.lin..Allah mentakdirkan hamba dpt modul(lughah) bahasa arab manakala akak2 hamba dpt modul sejarah,buat julung2 kalinya kmi perlu berpisah kuliah..anyway,hamba amat bersyukur kpd Allah,krn msih mmberi kesempatan untk hamba merasai apa itu ertinya hidup berdikari.. *fuhh,survival lebih sem ni,kna bnyk jln2 sorg g kuliah n tutor..emm,hamba dan akak2 semua jgk diuji oleh Allah yg Maha Adil pd awl sem ni,pendaftaran kursus mnjdi sngt complicated apabila,pihak PPU meletakkan waktu untk subjek TITAS yg sngt bercanggaH dgn jadual student islamic studies..berpening-penian lah kami empat org untk menyusun jadual..dan akhirnnya,kami telah tercampak ke kls TITAS yg terletak di bngnn fakulti sains teknologi yg bru..*uwaaa,btw,dlm hati agk gumbira,dpt rse suasana bru tmpt bljr..Allah kn0ws better right? tiheehe..
      bla..bla..bla..akhirya,kmi smua dpt jgk finalise jdual kmi..Alhamdulillah !! tp,kbnykn kuliah blom bermula lg mnggu ini..skli lg,Allah ingin mentarbiyah hati hamba dgn fatrah sang kumbang yg ingin menyapa..tdk mengapa,kerana ujian adlh tarbiyah dri Allah ! hamba akur..hamba perlu pasakkan lg prinsip hamba dlm diri agar terus mengakarrr !! iaitu

sy Alyaa Shahira Bt Abd Aziz,
ingin dan mahu semahunya, mnjd org yg berilmu dan bertaqwa kerana ia adlah kemuliaan yg dimpi impikan,maka mempersiapkan diri dgn cinta ilmu dan perjuangan adlh sbaik2 jln. nyah lah cinta penuh dosa ! hamba hnya mahu bercinta Allah dan ap2 yg Allah redha shj.prinsipku mengakar dan hamba mnjdi lbih bertenaga di jln cintaku.. insyaAllah..ameeen ya rabb


Tuesday 3 September 2013

pelihara



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan yang menghiasi di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah menyayat hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.


Maka terdengarlah ucapan dari dalam,

"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya

berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.


"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..


"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina".


Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis terisak-isak..


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan laknat , pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.


Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.


Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"


Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.


"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"


" Ada!" jawab Jibril dengan tegas.


"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.


Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima kedatangannya.
Add caption