Monday 31 December 2012

Hanya Allah

manusia hanya pandai setakat bagi harapan
tapi Allah siap tunaikan segala harapan

Ya Allah,tatkala cinta ambe bertasbih kepadaMu,barulah ambe tersedar sesungguhnya Engkau Ya Rahman  Ya Rahim sentiasa memandang kasih terhadapku..dan ambe tidak pernah keseorangan..ampuni setiap kekhilafan diriku Ya Ghafur

Ya Allah,terimaksih di ats segalanya..\\

alhamdulillah,summa alhamdulillah, summa alhamdulillah



perisai kita tanpa disedari???




assalamualaikum..perkongsian cinta dari ambe untk hri ini :)
Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain"


Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
- awop ! kita semua istimewa kan ?!

from azfarita


Sunday 30 December 2012

SOLEHAH YANG GEDIK !!!



ASSALAMUA'LAIKUM AW0P2 YANG MANIISSS ! :)
insyaallah,hari ini saya nak k0ngsi sebuah artikel yg menarik dgn awop2 semua ! sngttt realiti dgn fen0mena skrg !!! sumpahh ! oosemmm ! adakah kita salah seorang darinya???  gulpp  
Pada hari ini, aku melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana aku ingin menghuraikannya? Insya-Allah aku cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku. 
Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi aku melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Aku hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.
Maaf,  aku cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini aku sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan aku tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga aku yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan ria' dan juga berasa sudah cukup alim.
Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan.  Aku sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidak puas hatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.
Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Aku tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.
Aku gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Aku tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Aku berjaya mengatasi prasangka buruk. Aku harap tulisan ini dapat membetulkan niat aku dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.
Aku tidak pernah nafikan janji Allah dalam Alquran yang bermaksud;  
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik "
(Surah an-Nur ayat 26)
Aku juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.
Apakah semua itu?

Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.
"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh , berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dak dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh ' gedik yang solehah'."
Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan? 
Aku cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.
Kalian pernah terfikir? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana?
Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.
Aku bukan ingin mengatakan aku adalah terbaik, aku pun pernah melakukan kesilapan, aku juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, aku cuba sebatikan kata-kata imam Hassan al-basri dalam hidup.
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Aku menulis bukan juga aku mencemburui sahabat-sahabatku yang lain. Aku akui aku tidak pernah mempunyai teman lelaki, bermesej dengan mereka tanpa bertujuan jauh sekali. Aku mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara tersebut kerana aku takut akan berubah hati kepada Allah.
Aku sedar, aku juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara aku menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan aku sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini aku lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.
Mungkin juga ada yang berfikir aku tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.  
Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah,  taatlah kepada Allah. Jangan lah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekalipun.Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.
Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya/membacanya.

Yang pernah melakukan kesilapan, aku berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Aku sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu aku lebih utamakan.
"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
(Surah ali Imran ayat 132)
Aku harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu aku menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan. 
"siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya."
Aku terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Aku harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.
- copy milo dari  Artikel iluvislam.com
sama sama muhasabah diri ! :) AllahuRabbi T_T

Thursday 27 December 2012

NUANSA HIDUPKU




Bismillahirahmannirahim.....
Alhamdulillah summa Alhamdulillah..selawat dan salam buat kekasih agung Nabi Muhammad SAW dan para sahabat..
Kehidupan adalah satu imtihan kabir buat kita..yg mana kita sendiri pon xperasan..
Ambe juga begitu..sedar sedar,ya Allah ! akhirnya ambe dah berjaya tempuh hidup selama 19tahun..
Pelbagai nuansa kehidupan dah mewarnai potret hidup ambe..apa2 pon Alhamdulillah.. J
Sekarang ambe nak k0ngsi cerita ambe di UKM..hihi,,ukm merupakan sebuah tempat yang sangat unik,sbbb ukm berada pada kawasan yang berbukit..permandangan yang indah di sulami dengan keadaan hutan yg masih terpelihara akan membuatkan kita semua akan terpana dan berfikir serta merta tntg????
Betapa indah dan agungnya ciptaan Ya Rahman !
Subhanallah ! J pada hari pertama di sana ! ambe agk terkejut sbb terpaksa banyak perlu berinteraksi dgn ar rijal..sbbnya minggu orientasi selama seminggu itu telah menyebabkan ambe satu kumpulan dgn muslimin..stiap kli ada game dan xtvt,rasa mcm nak simpankan muka kt bilik je..errkk ! nie smua gara2 xbiasa berkomnuikasi dgn ar rijal sebanyak waktu mcm tu..tp ambe gagahi jgk,dan Alhamdulillah akhirnya ambe berjaya mengatsinya dan berjaya jgk untk memberikan pendapat dan buah fikiran kpd ahli kumpulan ..oosemm snggguh detik2 tue ..


Ditakdirkan ambe dpt teman2 dari negeri sebelah pantai timur ! awl2 bnyk sngt miscommunication yg berlaku sbb xpernah berkwn dgn org sna..antar kwn tersh0mell ambe ialah kak siti,kak weda,k.lin dan k.sue(my roommate yg sngt ayu..hee)..merekalah inilah yg bersama2 ambe mula melangkah mengembara di ukm..
Mereka semua jgklah yg bnyk memberi tunjuk ajar kpda ambe..di kala sedih,merekalah penghibur,dikala gembira merekalah penambah perisa..weee~
 Dan Saat yg paling teruja bila masuk dewan kuliah..sbb sbluum nie bljr dalam kls yg kcil je,pastue xad aircond.. ^^..
Hati terus melonjak lonjak riang bila Nampak wajah pensyarah mulai masuk ke dewan kuliah..dlm hati,xsabarnya nk timba ilmu baru !!


Hari bersilih ganti,ambe yg kurus pun dah betambah chubby(tp skit je..^^)..akhirnya sekarang tibalah masa exam akhir semester satu !!
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,lapangkanlah dada kami,terangilah hati kami,dan permudahkanlah urusan kami untuk menutut ilmu ilmu yang MAHA LUAS INI..
AMEEN YA ROBB !
AWOOP AWOOP YANG MANIS ! BITTAUFIQ WAN NAJAH J
GAAMBATEE !
ALLAHU AKBAR !!
J

buatmu hawa




Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.
Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.
Selamat bermujahadah sayangku solehah.

i can always make you smile


Assalamualaikum !!! J
Senyum itu dari hati jatuh ke hati. Junjungan besar kita iaitu Rasullah SAW  yang sentiasa senyum dan senyuman baginda itu adalah satu sunnah . Pasti kita akan memperolehi pahala apabila melakukan senyuman itu dengan ikhlas.  Selain itu, senyuman juga menzahirkan kita sebagai  umat yang  mesra , lembut, berdedikasi dan beradab. Orang yang berada di sekeliling kita mudah juga untuk mendekati kita jika kita tidak jauh dari memberikan senyuman yang ikhlas pada mereka. Apabila kita tidak memberikan senyuman dan sentiasa menunjukkan reaksi muka yang masam atau berkerut dahi pasti susah untuk mendapatkan kawan atau sukar di dekati oleh orang sekeliling.
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Riwayat Ahmad)
Senyuman Rasulullah s.a.w banyak menjayakan misi dakwah. Senyuman adalah ciptaan indah Allah SWT. Malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah s.a.w. Manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya
Dari Abu Zar r.a :- Rasulullah s.a.w bersabda : “Senyum kepada saudara (muslim)mu adalah sedekah, menyeru kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyinkirkan batu-batu, duri-duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah”. [Riwayat At-Tirmizi]

Tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil. Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).
Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.”
Justeru itu, berikan senyuman dengan orang yang berada disekeliling anda sekarang kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan dan seri kehidupan itulah yang mengeratkan  ukhwah kita .
Sayang aw0p kerana Allah ! J

Pstttt..t kalau nmpk ambe muka masam je..ingatkan yea awop !
Pesanan untk aw0p jgk ( klu ada masalah sklipun,tersenyumlah untk org tersayang)

Opss ! aw0p sngt manis bila senyum J

Friday 24 August 2012

MENYAPU DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT



MENYAPU DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hasil pembacaan ana baru-baru ini..satu penemuan inf0 s0lat yg menarik telah ditemui….sharing is caring kn ! sudi dan izinkanlah diri anda mencicip new inf0rmation nie :)

Daripada Abu Said al Khudri : “ Aku melihat Rasullah s.a.w sujud diatas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah didahinya.” (riwayat Al Bukhari)

Kefahaman yg dpt diambil drpda hadis ini ialah:

1)Nabi Muhammad s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi baginda terdapat kesan tanah dan air didahi Baginda.
2)Nabi Muhammmad s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat.kalaulah terdapat ihtimal selepas s0lat ,maka itu kerana membuang kesan tanah ,air dan seumpamanya yang ada di dahi.biasanya kini kita sujud dia tas permaidani yg bersih.maka,keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan s0lat yg mesti dibuat.sahihnya,Nabi Muhammad s.a.w juga tidak melakukannya.Al Hafiz ibn Hajar al Syafi’I pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun,maka ia tindakan menyapu habuk,debu,dan kesan tanah di dahi Baginda.Ia termasuk  dalam bab jibliyyah(perkara semulajadi kemanusiaan)dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada  Allah s.w.t (Fath al Bari,jil 2,hlmn 416)

Walaupun demikian,menurut ulama’ mazhab Syafi’e,perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan  berdasarkan hadis berikut :” apabila Rasullah s.a.w selesai solat,maka Nabi s.a.w menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud :”Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pengasih.Ya Allah,jauhkanlah aku daripada kesakitan dan kedukacitaan.” (riwayat Al Tabarani)
Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis :”daripada Qatadah,sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam.”(musannaf abdul razzak,jil 2,hlmn 42)

Menurut ulama’ Syafi’e contohnya dalam I’anah al Talibin,walaupun hadis ini daif,ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada’il al a’mal(kelebihan-kelebihan amal).Namun amalan ini,tidak dapat dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafi’e seperti al Um,Rawdah al Talibin,Tuhfah al Muhtaj,Nihayah Al Muhtaj,Mughni al Muhtaj dan lain lain.

Justeru menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat kepada mazhab Syafi’e ,masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama’ bermazhab Syafi’e dan bukan pendapat mazhab.

renung2kan,dan selamat beramal ! ( gaya pr0f izzi ^*)
:)
_syukran kpda m0del2 yg soleh !_


Tuesday 21 August 2012

i kn0w what i did 1st raya !

bismillahirahmanirrahim ^ ^


setelah sebulan berada di universiti ramadhan..akhirnya graduate jgk pada 1 syawal 1433H bersamaan 19hb og0s 2012..let's say alhamdulillah ! :) mudah mudahan dpt " anugerah dekan " dari NYA..

kenikmatan berhari raya hanya dpt dapat dirasai 0leh org yg berpuasa shj taw ! ana rasa sbb ana p0n puasa ..ekeke..suka sngt lagu ini..lirik dy p0wer !

indahnya sungguh di hari raya,
ramainya org bersuka ria,
tua dan muda sama sahaja,
hulurkan salam berjabat mesra,
adikku manis cantik bergaya,
b0lehkah akak ikut bersama???
saling bermaaf kita bersama,
lupakan saja sengketa lama......lalalala

* uishh ! bt0lke lirik nie?? ! hmmm,xapa asalkn bermakna bg ana ! :)

epis0d pertama------->di pagi syawal-------->ampunkan kak alya yea ayah intan payung,permata hati ;)

maafkan kak alya yea mak,penenang hati,pengubat lara ;)

epis0d kedua------>sesi ziarah menziarahi ahli keluarga kerabat merangkap waktu yg sesuai untk makan2 ;)
 epis0d nie berlarutan smpai hari2 yg seterusnya...0pss ! jgn lepaskan peluang berpuasa enam di bln syawal..

dlm kesibukan berhari raya,pejam celik,pejam celik..lagi 9hari nk menjejak kaki ke alam baru..huhh ! gerunnya....Ya Allah,permudahkanlah urusanku..m0ga itu jalan yg terbaik untk menjadi se0rang serikandi yg cemerlang di dunia waima di negeri kekal abadi..ameen !

wait me ! i'll c0ming !!! ohh,nati0nal university of malaysia...

epis0d akan datang----->menjejaki jejak jejak ilmu....

kami bersama dlm misi pencarian selautan ilmu dunia,segunung ilmu akhirat di UKM ..

insyaallah,hnya yg terbaikk ! keraaaaaaaaaaannnnnaaa Allah bersama kita

salam fastabiqul khairat !

Friday 10 August 2012

tingg ! t0ngg ! alif ba ta,abc ! :)


___________________  J selamat pagi   ! assalamua’laikum J_______________________

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan


Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"
Ermmm,rindunya kt tempat2 penimbaan ilmu yg telah bertimba2 ana ced0k  anugerah ilmu di dalamnya..teringat keletah smua muallim & mua’limah yg xmenang tgn mlyn kami dlu..huh ! c0mel sungguh !
Sebgai Tanda appreciate,rasa nk menti0ned blek semua nama2 my l0vely sch0ol J
5 & 6 thn (pasti jannatul firdaus)
7-12 thn (sekolah kebangsaan sultan abdullah)
7-12 thn (sekolah agama al falah)
13-18 thn ( maahad al tarbiah al islamiah )
A’la kulli hal..Syukran jazilan !
Mood ----------àrinduuuuuuuuuu mem0ri di sana
Setahun berjumpa
Seabad terasa ! awes0me ! ......

chemok,mida,wawa,alya,fifa
pertemuan terakhir sblum msing2 mmbwa haluan untk trus mencicip ilmu

Wednesday 8 August 2012



Assalamualaikum ^^
9 ogos 2012
Hari yg indah senyuman pertama,ana hulurkan salam ukhwah kita,berpesan mengingati dituntut agama.kita bagaikan satu keluarga,silaturrahim ini xkn terpisah,berbahagia buat selamanya..insyaallah ! J
Ermm -_-  ! pers0alan ana yg berselirat sejak sek0lah lg
“ bagaimana kalau lelaki nak berkawan-kawan dulu,selepas itu baru berfikir mahu jadikan isteri?”
Alhamdulillah,skrg ana dah dpt jawapannya..ahaa,barakah minal ramadhan barangkali J
Ada dua akibat yg mgkin berlaku.pertama,putus ditengah jalan.kemudian dihiris kecewa yg sukar rec0ver.kata kaedah syarak,man taa’jalla bisyaiin u’qiba bihirmaanihi.maksudnya,siapa tergese gesa mahu cepat,akibatnya,dia xdpt.
Ahaa,yea la..kalau putus cinta,mesti rasa malas nk study sbb asyik berendam air mata.hmmm..buang masa.baik cegah awal2 !
Akibat kedua,berkahwin tapi dengan asas yg mendekati zina,bukan asas yg membina taqwa.
Ana terfikir,msti tidak ser0nok.penuh curiga,yang terlewat dan bertaubat,barulah bahagia semula.
Ermm,pernah se0rg seni0r mendedahkan kpd ana bhwa,lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan atau pendamping hidup.dia menilai melalui cara kita melayani kata2nya..
Berhari jugk ana memikirkan perihal,dan lastly ana dah faham…kalau kita terhegeh terhegeh dan senang percaya,dia akan memainkan perasaan kita dgn ayat2 keramat.kalau ada prinsip,dia akn h0rmat.
JADI ANA PERLU LETAKKAN PRINSIP ! ALLAH KNOWS BETTER ! J
Untuk meletakkan seseorang sbgai cal0n suami,ana tidak mahu lelaki biasa.ana mahukan lelaki yg luar biasa.tinggi kelasnya ! iaitu lelaki yg tkut kpda Allah.kalaulah cal0n suami  ana adlh slh seorg dri mreka,ana d0akan dia berubah terlebih dhlu brulah ana akn menerimanya…
“ eleh,sudah fikir cal0n suami,siapalah kmu mahukn lelaki berkelas tinggi “,terngiang2 dlm fikiran ejekan syaitan..haa ! ana perlu bermujahadh! Hiraukan sgla ejekan.siapalah dia mhu halang cita2 ana.Allah ksygn ana Maha Memakbulkan d0a.kuasaNya tiada batasan
Semoga suamiku tika ini tidak sibuk mengusik.sebaliknya sedang sibuk mempersiapkan kualiti diri
Ana mengimpikan suami yg setia mnjga cinta kpdaNya.mskipun kenakalannya ada ktika usia rmja,pastinya stipa hri dia berusaha mnggilap taqwa.
Ana impikan suami yg s0leh & setia.siapa yg tidak mahu psgnnya setia ?
Selagi ana tidak berpacaran,ana dpt rasakan getarn kesetiannya.bkn shja kpda bkal isterinya ini bahkan yg pling utama kpd Tuhannya.
Selagi ana setia mnjaga cinta.selagi itu si dia sdg setia.ana percaya keadilanNya.ana hadiahkan doa buatnya.salahkah berd0a?moga nnti Allah smpaikan ana kpdanya..ameen

Saturday 21 July 2012


Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh J
2 ramadhan 1434 h

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah ! sesungguhnya tiada ungkapan yg mmpu ana ungkapkan untuk menggambarkan tentang nuansa keindahah warna warni hidup ana..
Dapat menc0ret di sini,merupakan satu kepuasan bagi ana untuk menyebarkannya..ya,sebarkanlah bahagia( trademark kak ha..hehe)..ahaa,hatta takuna as a’dan nas ! memang tidak dpt disangkal,kebahagiaan ada pada diri kita.that’s mean,kita sendirilah yg menentukan sama ada kita merasa bahagia atau sebaliknya.supaya sentiasa senang,tenang,bahagia,ana mesti bersabarketika mendapat musibahbersyukur apabila mendapat nikmat,membuang sifat iri,mudah memaafkan orang lain,men0long orang susah dan sebagainya.
Ok, bila bercerita mengenai nikmat  Allah,tetiba rasa diri nie kerdil sangat..betapa banyak  nikmat yg dianugerahkanNya tanpa kita sedari.nikmat sihat fizikal,nikmat cerdas mental,nikmat mantap ruhiyyah,nikmat mmpnyai usrah sai’dah,nikmat dapat rasa kenyang,mengantuk,gembira,sedih dan sebagainya..salah satu nikmat ini,jika ditarik walau sebentar,ouhhhhh ~~ merananya diri..bayangkan,seandainya kita ditarik nikmat rasa kenyang..walau makan sebanyak mana kawah nasi p0n,klu Allah taknak kurniakan nikmat rasa kenyang tu,pasti sengsara diri..Allahurabbi !
Anyway,ana nak k0ngsi  nikmat gembira yg ana per0leh baru2 nie..ehemmm,ehemmm…piinnn ! pinnn ! suatu pagi(mcm cerita d0ngeng la plak) pakcik p0smen dtg rumah anta surat..dalam masa yang sama,tengah search result upu..dalam qalb nie,Allah saje yg taw mcm mna..duppp~dabb~dupp~dabb~~k.alya !!! tahniah,sek0lah lama hntr surat untk menghadiri majlis hari anugerah ! alhamdulillah,tapi hati nie xtenang lagi sbb result upu tengah l0ading lagi…urmmphhh ! Ya Allah,berilah peluang kpdaku untuk teruss meneguk ilmu2Mu…d0a yg diiringi dalam qalbi ktika menunggu keputusan upu…

MAHA SUCI ALLAH ! TAHNIAH…NOR ALYAA SHAHIRA BINTI ABDUL AZIZ ANDA DITAWARKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ..SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN(PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM)..KURSUS 3TAHUN J J J

Ya Allah,gembira tidak terkata !
Terimakasih Ya Allah,,akan ku egt kurniaMu ini..dan menyalurkannya ke sirathal mustaqim! Manfaat semua..jutaan terimakasih buat makayah yg tidak putus2 mend0akan kejayaan ana..tidak lupa kepada kakak tercinta yg berpenat jerih menguruskan urusan ana dan tidak ketinggalan buat adik2 tercinta..insyaallah ! jadd until najah alyaa shahira ! ! ! J

I’m wanna t0 be a better muslim ! ever and after ! J INNALLAH A’LA KULLI SYAIIN QADIR
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu,
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat,
Kuat usaha jujur dan amanah,
Sentiasa mengharap keredhaan Allah,
Umat islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam…
Nasyid sikit sbgai penutup bicara….heeeeeeeeee J
wassalam¯`♥´¯) ♥..•¨`*♫ ✿