Friday 24 August 2012

MENYAPU DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT



MENYAPU DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hasil pembacaan ana baru-baru ini..satu penemuan inf0 s0lat yg menarik telah ditemui….sharing is caring kn ! sudi dan izinkanlah diri anda mencicip new inf0rmation nie :)

Daripada Abu Said al Khudri : “ Aku melihat Rasullah s.a.w sujud diatas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah didahinya.” (riwayat Al Bukhari)

Kefahaman yg dpt diambil drpda hadis ini ialah:

1)Nabi Muhammad s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi baginda terdapat kesan tanah dan air didahi Baginda.
2)Nabi Muhammmad s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat.kalaulah terdapat ihtimal selepas s0lat ,maka itu kerana membuang kesan tanah ,air dan seumpamanya yang ada di dahi.biasanya kini kita sujud dia tas permaidani yg bersih.maka,keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan s0lat yg mesti dibuat.sahihnya,Nabi Muhammad s.a.w juga tidak melakukannya.Al Hafiz ibn Hajar al Syafi’I pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun,maka ia tindakan menyapu habuk,debu,dan kesan tanah di dahi Baginda.Ia termasuk  dalam bab jibliyyah(perkara semulajadi kemanusiaan)dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada  Allah s.w.t (Fath al Bari,jil 2,hlmn 416)

Walaupun demikian,menurut ulama’ mazhab Syafi’e,perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan  berdasarkan hadis berikut :” apabila Rasullah s.a.w selesai solat,maka Nabi s.a.w menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud :”Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pengasih.Ya Allah,jauhkanlah aku daripada kesakitan dan kedukacitaan.” (riwayat Al Tabarani)
Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis :”daripada Qatadah,sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam.”(musannaf abdul razzak,jil 2,hlmn 42)

Menurut ulama’ Syafi’e contohnya dalam I’anah al Talibin,walaupun hadis ini daif,ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada’il al a’mal(kelebihan-kelebihan amal).Namun amalan ini,tidak dapat dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafi’e seperti al Um,Rawdah al Talibin,Tuhfah al Muhtaj,Nihayah Al Muhtaj,Mughni al Muhtaj dan lain lain.

Justeru menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat kepada mazhab Syafi’e ,masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama’ bermazhab Syafi’e dan bukan pendapat mazhab.

renung2kan,dan selamat beramal ! ( gaya pr0f izzi ^*)
:)
_syukran kpda m0del2 yg soleh !_


No comments:

Post a Comment